
Mesti kalian semua ingin mengetahui kan apa dan macam manakah pembahagian manusia di akhirat itu? Di sini saya bahagikan kepada Bahagian A,B dan C.
BAHAGIAN A : 11GOLONGAN YANG CELAKA
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Iaitu hari(yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok"
(An-Naba' : 18)
(An-Naba' : 18)
Diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Muaz bin Jabal, katanya :
"Ya Rasulullah SAW, apa maksudnya ayat ini?"
Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab :
Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab :
"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut."
Jadi, setelah membaca entri di atas, apa ya yang sedang bermain dalam fikiran anda semua? Dalam kategori manakah anda sekalian? Jika dalam kategori baik, Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT. Tapi pada yang berada digolongan lain, dan cepat-cepat menyedari kesilapan anda, Masih belum terlambat untuk kita menukar laluan kita. Cuma yang pasti, kita harus memilih kampung halaman yang betul. Kampung halaman manakah akan kita pilih? SYURGA yang menjamin KEBAHAGIAAN atau NERAKA yang menjamin KESENGSARAAN? Tepuk dada tanya iman. Masih belum terlambat untuk bertaubat wahai umat MUHAMMAD SAW. Pintu taubat sentiassa terbuka sebelum matahari terbit dari barat. Wassalam.

- Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tertangga.
- Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang-orang yang suka melengah-lengahkan solat 5 waktu.
- Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
- Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
- Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
- Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
- Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
- Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
- Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
- Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikkan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.
- Mereka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga ke perut, dari perut dan pahanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.
BAHAGIAN B : SATU GOLONGAN YANG SELAMAT
Hanya satu golongan yang akan selamat dan masuk ke dalam syurga, iaitu :BAHAGIAN C : GOLONGAN YANG DISALAMI MALAIKAT
"Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama,berjalan diatas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat 5 waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."
Telah bersabda Rasulullah SAW :
"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya" :
- Orang2 yang mati syahid.
- Orang2 yang mengerjakan solat malam pada bulan Ramadhan
- Orang2 yang berpuasa di hari Arafah.

No comments:
Post a Comment