Saturday, February 18, 2012

ALLAHU AKHBAR (MATI ITU PASTI)


“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.”
-Surah Ali Imran: Ayat 185
Segelintir insan yang bila ditegur suka menjawab:
“Kau peduli apa. Kubur masing-masinglah”.
Juru dakwah yang mendengar pasti akan terkedu dan kecewa.Hakikatnya, orang yang berkata begitu sebenarnya amat cintakan dunia dan takut mati. Kita patut rasa kasihan dengan mereka, dan teruskan dakwah dengan penuh keyakinan pada Allah kerana setiap yang hidup itu pasti merasai mati. Dan bila sudah mati, barulah mereka tahu kubur itu luas atau sempit macam mana… Bagi orang yang beriman :
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
‘Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.'

(lelaki kacak)

-Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata:
'Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.’

(syurga?)

-Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata :
’Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’


-Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

-Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
’Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.’
-Sila sebarkan Hadis ini kepada semua …….kerana Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda:
‘Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.’

No comments:

Post a Comment