Tuesday, February 28, 2012

CINTA???




Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Entri kali ini bertajuk cinta.  Mujahidah ingin berkongsikan tentang pengalaman Mujahidah yang tak pernah tahu rasanya jatuh cinta pada seseorang. Suka? benda tu biasa. Mesti lah ada. Kalau tak de perasaan suka, mesti Mujahidah ni macam kera sumbang. Seorang je. Betul tak? Tapi suka itu berbeda. Suka...sayang...dan cinta...Tiga perkataan yang berbeza maksud tapi dapat diperhalusi dengan kekuatan perasaan. Hanya perasaan yang dapat membezakan antara ketiga-tiga itu. Tapi apa? Sedangkan Mujahidah sendiri tak pernah tahu rasa cinta. Cinta itu beda.. Ada sahabat yang cakap..

"Bila kau jatuh cinta kan,pasti kau rasa manisnya perhubungan."

Arggghhhh!! tak jelas..  Mujahidah masih belum memahami apa itu cinta.. Sedang dalam keadaan Mujahidah menyenangi seseorang wanita pon,Mujahidah
rasakan manisnya perhubungan. Lalu Mujahidah
 bertanya lagi seorang sahabat. Jawabnya :

"Bila lagu cinta mula bergema,pandangan mata memberi rasa yang berbeza. Jantung berdegup kencang..Hati berdebar hebat.."


Tipu..luahan itu dari sahabat yang sedang hangat bercinta. Bagi Mujahidah,itu bukan cinta..Tapi nafsu..Dari mata turun ke hati. Bukankah mata itu panahan asmara syaitan?Lalu,apakah itu cinta?Mujahidah keliru..

Selepas seorang..seorang yang meluahkan cinta.."Aku cinta padamu."dalam versi yang berbeza..Mujahidah sudah lali. Perkataan itu bagiku sudah tak da keramatnya lagi..senang-senang diucap. Macam baju yang berlambak di pasar malam. Apabila menolak untuk dibeli,masih disambar orang lain.. Macam itulah orang yang luahkan cintanya.. Apabila ditolak..Senang-senang mengucapkan cinta pada yang lain. Jadi,apakah maknanya cinta itu? Sudah hilang keramatkah cinta itu? Senang dijaja dan dibuang. Sedang banyak orang cakap. Cinta itu agung. Agungkah ia sehingga dibuang-buang?


Mujahidah hairan lagi..kadang-kadang daripada sahabat menjadi cinta..Menjadi pasangan kekasih. Apa makna semua itu?  Mujahidah hairan, macam mana perasaan dari seorang sahabat boleh bertukar menjadi cinta.  Mujahidah bingung sewaktu menerima luahan perasaan dari sahabat baik. Dan  Mujahidah kecewa apabila menolak secara baik  Mujahidah  dimaki "perempuan jalang".. "Pengkhianat perasaan".."Bajet alim".."playgirl" Ya Allah.. Mujahidah bukan macam itu.. Perkara sebeginilah yang  Mujahidah tak mahu. Niat  Mujahidah baik. Mujahidah tak mahu dari hubungan sahabat bertukar menjadi cinta. Mujahidah tidak mahu nafsu cinta itu menguasai diri. Itu semua bisikan syaitan. Sedangkan, cinta yang agung hanyalah cinta Illahi. Dan macam mana Mujahidah mampu memberi cinta itu pada yang bukan haq yakni Pemilik seluruh alam raya ini,Penghulu Mujahidah yakni Nabi Muhammad S.A.W,Ibu bapa mujahidah,keluarga dan akhir sekali suami Mujahidah yang telah Allah S.W.T tetapkan jodoh kami berdua?

Cinta yang agung tetap cinta pada Illahi

Ada pula seorang sahabat perempuan yang memarahi Mujahidah..

"Nur..kamu ini tak kesian kat diorang ke?jangan lah tolak budak-budak budak-budak lelaki tu kalau tak suka..Cakap baik-baik..Ni Nur main reject macam tu je..Nur yang buat mereka jatuh cinta tau?"

Astaghfirullahallazim..Mujahidah tak pernah goda diorang.  Mujahidah tak pernah sentuh diorang.  Mujahidah tak pernah bercakap dengan diorang. Mujahidah tidak pernah menatap mata mereka.. Apakan pula luahkan cinta.. Jadi kenapa mereka bole cakap macam itu? Sedangkan Mujahidah tidak pernah berbicara perkara yang tidak penting.. Mujahidah membataskan pergaulan. Mujahidah tidak pernah ketawa besar-besar sewaktu bersama diorang.. Jadi apa yang buat diorang menyayangi Mujahidah lebih dari sahabat? Sedangkan tiada apa yang Mujahidah lakukan utuk menarik hati mereka.Mujahidah tolak kerna Mujahidah sedar siapa diri Mujahidah. Mujahidah tak punya apa-apa. Segala-galanya milik Mujahidah adalah milik yang maha Kuasa..Milik Allah S.W.T..Mujahidah hanya dipinjamkan nikmat hidup ini hanya untuk sementara. Doakan Mujahidah sentiasa berada dilandasan yang benar..Sampai sekarang Mujahidah tak habis fikir..kenapa diorang boleh suka perempuan seperti Mujahidah?Apa mereka suka Mujahidah kerna cinta?tak mungkin. Apa mereka mengerti apa itu cinta? Apa mereka faham apa itu cinta? Apa mereka telah mencintai yang Maha Mencintai sebelum mencintai hambaNya?Apa mereka sudah mencintai Rasulullah?Apa mereka sudah mencintai ibu bapa mereka?Apa mereka sudah mencintai keluarga dan diri mereka..Jika sudah,alhamdulillah..Rasanya mereka tidak perlu lagi cinta dari hamba..Kerana cinta dari Allah saja sudah cukup membuatkan manusia bergelar hamba lupa dan tidak sudi untuk mencintai sesama mereka. Lihat sahajalah Rabiatul Adawiyah. Menolak pinangan semua tokoh2 bangsawan mahupun fii sabilillah kerana tidak puas bercinta dengan Allah..Subhanallah.. Jadi kenapa? Kenapa wujudnya cinta sesama manusia itu? Alhamdulillah kalau perasaan cinta itu datang dari Allah. Hubungan yang diredhai Allah sehingga akad. Macam mana pulak boleh lahir kapel2 dalam era masa kini?Apakah mereka benar bercinta?Adakah benar cinta itu dari Allah? Tidak..jikalau hubungan cinta kapel itu sudah melepasi batas-batas syarak antara lelaki dan perempuan..Dimana maksiat berleluasa..Menghalalkan yang haram..Tegasnya Mujahidah katakan, Itu bukan cinta. Bukan sayang atau suka. Bagi Mujahidah itu ilusi perasaan yang ditukar iblis untuk menyesatkan. Kerana iblis laknatullah pernah bersumpah atas nama Allah di hadapan Rabbul Izzati mahu menyesatkan sekalian anak cucu Adam Alaihissalam sehingga waktu hari penghancuran(kiamat) itu tiba. Salah satu cara iblis laknatullah adalah melalui hanyutan panahan asmara cinta muda mudi..Bukan mujahidah tidak pernah jatuh cinta, Alhamdulillah..mujahidah dapat menahan perasaan itu dari bercambah dan akhirnya perasaan itu hilang.


Amin..!! Mujahidah ingin menjadi seperti Aisyah,Mujahidah ingin menjadi Siti Khadijah isteri kesanyangan Rasulullah,Mujahidah ingin menjadi Siti Hajar yang berlari-lari antara Safa dan Marwah demi setitik air buat puteranya. Mujahidah ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah yang setia mencintai Allah S.W.T,Mujahidah ingin menjadi seperti Ainul Mardiyah,setia menuggu kekasih di pintu syurga. Mujahidah ingin menjadi sperti Siti Fatimah az zahra..Puteri kesayangan baginda..Namun mujahidah tidak mampu, Mujahidah hanya mampu cuba untuk mencontohi bunga-bunga itu..Yng haruman mereka melewati pintu syurga.Bagi si gadis mahupun jejaka yang ingin bercinta..Jaga lah hatimu..Jagalah nafsumu..Cintailah seseorang itu kerana agamanya..Cintailah seseorang itu secara diam-diam. Seperti kisah Saidina Ali R.A dan Saidatina Fatimah az-Zahra..Yang akhirnya Allah pertemukan jua cinta mereka. Sesungguhnya mereka yang mencintai dalam diam itu sedang berjihad..Berjihad menentang kehendakdiri dan menundukkan nafsu hati..
wassalam..

No comments:

Post a Comment