Sunday, February 12, 2012

Buat tatapan seseorang yang baru kusakiti


Mujahidah

Ya Allah, Sebolehnya  Mujahidah ingin memberitahunya bahawa Kaulah kekasih hatiku. Kalaulah  Mujahidah boleh memberitahu padanya bergelar insan yang telah melamarku begini.


Rijal..
Maafkan aku jika tinta ku ini mengusik lalu menghancur luluhkan hatimu

Banyak yang ingin aku katakan padamu..
Ketahuilah rijal.. Kini hatiku sudah dimiliki..
tak mampu lagi aku meneruskan perhubungan kita meskipun sebagai sahabat..
Mungkin dirimu akan kecewa dengan diriku,
mungkin kau akan menangis kerana terfikir dirimu dianiayai olehku..
Tapi ketahuilah,
Dirimu tidak pernah lekang dari bibirku untuk menitip doa kepada kekasihku..
Allah S.W.T

Rijal..
maafkan aku andai hatimu terluka dengan patah perkataanku ini..
diriku kini dalam tarbiah untuk mendekatkan hatiku pada kekasih Hatiku..
maafkan aku jika aku membelakangkan dirimu..

Kita bukan lagi seperti dulu, saaat aku masih jahil..Kita tidak boleh lagi seperti dulu,
Kerana aku telah berjanji kepada Kekasih Hati ku untuk tidak membelakangkan cintaNya.. Maaf, janji kita sampai disini sahaja.

Rijal..
aku minta maaf selama diriku tak mampu menjadi yang terbaik untukmu..
Jika selama ini engkau tidak mendapat apa yang kau inginkan dari aku kerana aku hanya manusia biasa,
masih dalam pencarian..
terkapai-kapai mencari kebenaran,sedang dirimu meminta aku untuk mengasihimu sepenuh hatiku.. maaf aku tidak mampu,kerana aku sibuk mencari cintaNya.
Akan ku pinta pada kekasih hatiku supaya menerima aku apa adanya..
kerana Kekasihku ini memandang aku pada agama yang aku pegang.
InsyaAllah


Rijal..
akan kudekatkan diriku kepada Kekasihku supaya hatiku terpelihara dari kekufuran..

Rijal..
ketahuilah..
rahsia Allah sangat indah..
sudah Dia menyediakan yang terindah untuk kita,
cuma terpulang pada diri kita untuk menilai corak kehidupan kita..
adakah kita di atas landasan syariat islam atau pun tidak..

Rijal..
jangan kau membenci diriku kerna menyakiti hatimu..
sesungguhnya aku juga manusia biasa..
tidak terlepas dari melakukan kesalahan..
aku akui..
terkadang diriku ini sangat merinduimu..
Tetapi demi cinta dan kasihku yang telah ku semaikan pada Kekasih Agungku..
aku akan menolakmu ke tepi..
hanya untuk mencari keredhaanNya

Rijal..
hidupku kini dibuai dengan perasaan cinta dari Kekasih baru ku ini..
Aku tidak pernah lupa mendoakan kesejahteraanmu walaupun di mana kau berada..
Semua hanya kerana mungkin perasaan itu masih kuat..
Astaghfirullah..
Ampuni aku Kekasihku..
aku khilaf dengan perasaanku sendiri..
Aku terus menerus mengikut hasutan syaitan..
Peliharalah aku wahai Kekasihku..

Rijal..
cinta yang aku sematkan hanya pada Kekasihku kini..
sudah lama aku menagguhkan cinta dariNya..
Kerana lunaknya aku mengikuti hasutan syaitan..
Aku harap dirimu jua dalam landasan seperti yang aku lalui sekarang iaitu dengan mencari cinta Ilahi..
Subhanallah rijal..
aku kini lebih tenang dengan cinta baruku..

Rijal..
aku doakan kejayaanmu dunia dan di akhirat..
aku berdoa supaya dirimu dipertemukan dengan akhwat yang engkau idamkan selama ini..
InsyaAllah..
Ingatanku masih kepada dirimu..
sedaya upaya aku ingin membuang semua ini..
kerana aku mahu terus menerus melakukan perkara yang Allah redha..
Aku takut akan azabNya..

Rijal..
jika kau membenci diriku..
aku redha..
kerana ini yang terbaik untuk kita..
Allah Maha Adil..
Dia akan membalas perbuatanku ini terhadap dirimu..
telah Dia siapkan yang terbaik untuk semua hambaNya..
ada yang baik jika kita hanya redha dengan takdir yang telah Allah tentukan..
Siapalah kita untuk mempersoalkan takdir yang tertulis..
Kerana Dia Maha Mengetahui..

Rijal..
kiranya ingatnmu terhdap diriku sudah luput..
Alhamdulillah..
Aku bersyukur..
Kerana itu yang aku pinta daripada kekasihku..
Supaya aku tidak curang dalam cinta yang baru ini..Yakni Kekasihku ini..
Tulusnya hatiMu dalam membuka mataku..
Syukran Kasiir Ya Allah..

Rijal..
Hatiku telah dimiliki oleh Kekasih ku..
Yakni Kekasih kita..
Tuhan yang satu..
Allah S.W.T.



khas buat tatapanmu.. SENYUMLAH SELALU..=)


P/S : RIJAL DIATAS=LELAKI..

No comments:

Post a Comment