Sunday, February 12, 2012

MALAM PERTAMA DI SYURGA

Hahhh!! mendengar dan membaca entri diatas, pasti ramai yang tertarik kan? "Malam Pertama Di Syurga".. Macammana lah rupa syurga itu ya? Macam gambar dibawah? Haa..jangan tertipu.. Gambar dibawah adalah rekayasa manusia sahaja yang ingin menggambarkan keindahan syurga.. Sebenarnya syurga itu tersangatlah indah. Kalau tengok gambar rekaan manusia yang sikit saja akalnya macam ni saja kita dah kata cantik..apatah lagi syurga Allah S.W.T yang mana mempunyai 99 sifat yang mulia..?



ENTRI PERTAMA SAYA BERTAJUK :
DUA KAMPUNG HALAMAN DI AKHIRAT

  • A. Dua Kampung Halaman Di Akhirat
Kehidupan kita ini boleh lah kita ibaratkan seperti asap yang sebentar sahaja kelihatan lalu lenyap dari pandangan mata kasar kita. Sesungguhnya manusia seperti nafas sahaja, dan semuanya sia-sia.

Ramai yang berharap hanya untuk kehidupan di dunia ini, dan mereka menganggap inilah "kampung halaman" yang sebenar. Setiap hari mereka hanyalah sibuk dengan urusan dunia ini. Sibuk cari duitlah.. Cari kerjalah. Sibuk dengan kesukaanlah sampaikan menjadikan "kelab malam" sebagai tempat menenangkan fikiran yang kusut dengan bebanan kerja. Wajarkah sedemikian? Padahal kita semua tahu, sebagai orang islam..setenang-tenang tempat adalah masjid untuk beribadat. Tapi kenapa mereka memilih "kelab malam" sebagai tempat melepaskan hawa keletihan? Tempat dimana syaitan-syaitan yang terdiri daripada manusia dan jin yang bergaul dan bergomol tanpa batasan? MasyaAllah.. wajarkah semua ini berlaku sedangkan sewaktu diri menjadi roh, mereka melafazkan sumpah bahawa mereka bersaksi tiada tuhan selain Allah S.W.T dan Nabi Muhammad pesuruh Allah. Tapi, dalam keadaan dunia sekarang.. dimanakah sumpah saksi mereka? sedangkan mereka bertuhankan arak dan maksiat? Nauzubillah.. Mereka melupakan diri bahawa saat akan tiba apabila segalanya berakhir dan kita diseru untuk pulang ke "kampung halaman" kita yang hakiki iaitu SYURGA atau NERAKA.

Kehidupan ini juga sangat penuh dengan penderitaan dan air mata. Walaubagaimanapun Allah membimbing kita dengan memberi petunjuk,ajaran dan jalan untuk mengendalikan diri, kerana kehidupan dan "kampung halaman" yang benar bukanlah di dunia ini, sebaliknya di syurga yang kekal. Jadi berwaspadalah supaya jangan menghanyutkan diri dalam dosa dan kesenangan dunia ini yang sementara. Kita umat Islam, wajarlah mengikut ajaran dan jalan Allah supaya kita hidup selamanya dalam rahmatNya, iaitu di perkampungan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi.

Sekarang kita sedang berjalan di atas bumi ini bersama sebuah destinasi yang kita sendiri akan pilih, SYURGA atau NERAKA? terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jalan ke syurga atau jalan ke neraka.

Allah sudah memberitahu kita didalam kitab suci AlQuran tntang betapa nikmatnya kehidupan di dalam syurga. Begitu jugalah jelasnya betapa azabnya kehidupan diakhirat. Nabi Muhammad S.A.W juga menguatkan lagi penerangan Al Quran dengan hadis-hadisnya yang masih segar dibaca dan didengarkan sehingga ke hari ini. Terpulanglah kepada akal waras kita sendiri jalan mana yang mahu kita pilih samada perjalanan keSYURGA atau keNERAKA ?

No comments:

Post a Comment