Tuesday, February 28, 2012

Cinta Romeo vs cinta Islam?

Assalamualaikum, Cinta itu satu anugerah dari Allah S.W.T yang sangat istimewa sehingga kita sendiri yang merasa berasa tidak terkata bagaimana keindahannya cinta itu. Tapi di samping kita bercinta, ada kita terfikir kita cinta yang mana?.. Cinta Romeo Atau Cinta Islam?…
Cinta itu satu anugerah dan Allah memberikan pada setiap makhluknya itu kerana setiap makhluk itu berpasangan dan hidup berpasangan. Cinta romeo bermaksud cinta yang hanya nampak duniawi sahaja dan hanya mengikutkan hawa nafsunya sahaja dan akan memberikan impak yang negatif kepada diri sendiri dan jiwa raga. Manakala Cinta Islam cinta yang disandarkan mengikut peraturan cinta islam dan ada peraturan dia dan merangkumi segala-galanya dan memberikan pelbagai kemanisan cinta yang sebenar.
#Situasi Pertama


Seorang Hamba Allah mencintai seorang wanita di yang ditutupi auratnya, diberati auratnya, di jaga setiap titik kulit dan setiap inci percakapannya. tapi dia tidak berkata kepada wanita tersebut dan hanya meluahkan kepada Allah disetiap solatnya, ibadatnya, perlakuannya, hidupnya dan berdoa agar ditemui jodoh bersama perempuan itu. Seseungguh Allah itu lagi Maha Berkuasa dan setiap kali hamba ini berjalan dia akan berjumpa dan sentiasa mengingati wanita ini dan akan sentiasa meluahkan cintanya kepada Allah. Dan Allah itu mengetahui setiap detik hati seorang hambanya itu walaupun sebesar zarah sekalipun. Untuk mengelakkan zina dia tidak pernah berkata kepada perempuan itu, tidak pernah berjumpa bersua muka tapi hanya ternampak dari jauh.

Setelah lama akhirnya hamba Allah ini menguatkan diri dan pergi berjumpa Ibu Bapa perempuan itu.Assalamualaikum sebagai pembuka bicara dan dengan berani dan izin Allah hamba ini berkata “Sesungguhnya Anak Tuan Dan Puan adalah perhiasan dunia yang paling cantik dan indah yang dicipta Oleh Allah Dan saya disini ingin meminta izin untuk menikahi dia”. Kedua ibu bapa tersebut hanya diam sahaja dan dihiasi senyuman. hamba ini pelik dan bertanya apa sebabnya. Sesungguh mereka sudah tahu dan wanita itu sudah sedia dan cerita kepada kedua ibu bapanya dan ibu bapa hamba ini juga sudah tahu dan mengejutkan mereka sudah menetapkan tarikh bila mereka akan disatukan. Nauzubillah, Allah itu maha berkuasa, seseorang yang berjuang nafsunya untuk mengelakkan zina dan menghalang matanya dari zina akhirnya mendapat kemanisan yang akan memberinya keindahan dalam kehidupannya malah menaikkan lagi keimanannya kepada Allah S.W.T.

#Situasi Kedua
Seorang lelaki yang mencintai perempuan ini dan dengan beraninya menegur dan berkata kepada wanita tersebut. Wanita Itu menolak dan lelaki ini tidak berputus asa. di masa dan tempat yang lain dia mencuba lagi dan lagi dan lagi sampai ia dapat mencintai seseorang wanita. Seorang wanita yang terbuka auratnya, terdedah segala titik kulitnya, terbuka segala aurat suaranya.mereka bercinta berkasih sayang, di taman umpama dunia ini milik mereka. Berkata I LOVE YOU tanpa had dan tanpa segan silu. tiada lagi perbatasan antara keduanya walaupun masih lagi belum di halalkan antara mereka. Berduaan di taman dan berjumpa di shopping comples itu sesuatu yang biasa. menonton panggung wayang adalah rutin mingguan dan makan bersama itu satu keperluan. ibarat dunia ini milik mereka. Mereka gembira.

Keluar bersama di tepi laut menyaksi keindahan dan bertapa romantis tatkala di waktu matahari terbenam berwarnakan kekuningan matahari lelaki itu menunduk dan melamar wanita tersebut. Besertakan cincin dan mengatakan ‘Sudi Awak Kahwini Saya?’. Dan Wanita itu menerima. mereka berkahwin dan kehidupan mereka gembira.
Berdasarkan dua situasi diatas, manakah Cinta ROMEO dan manakah CINTA ISLAM?.. kedua situasi memberikan akhir yang gembira dan anda mahukan yang mana?.. Situasi Pertama atau Situasi Kedua?… manakah yang mengikut nafsu dan manakah yang mengikut Akal Dan Agama?.. :) bersama kita muhasabah diri dan mana satu kemanisan yang kita akan pilih. Adakah kita pilih kemanisan duniawi sahaja atau kemanisan duniawi dan akhirat?…
Wahai wanita, jagalah setiap titik aurat itu dan amatlah sedih tatkala seseorang pasangan itu saling menyentuh dan bersuapan ketika makan. Adakah dia jodoh anda?. Tatkala anda berpisah, tidakkah anda berasa kesal atau sedih kerana anda sudah di sentuh oleh orang lain dan adakah lelaki itu terima anda?. Ingatlah, kemanisan duniawi ini memang sangat indah dan sehingga kita lupa apa yang ada di kiri dan kanan kita.. Biar pahit kita menelan yang penting kita mengikut Jalan Agama dan tidak lupa akan Pencipta Kita. :-)

p/s: diambil dari blog Cite je dot com

1 comment:

Unknown said...

Kalau romeo Islam macam mana? Hahahah!

Post a Comment